fbpx

Audit Prestasi Restoran Anda Di Google Map

Jangan biarkan saingan anda curi bakal pelanggan restoran anda

Serahkan urusan mengaudit prestasi carian restoran anda di Google Map untuk memastikan restoran anda telah dioptimasikan dan senang untuk dicari oleh bakal pelanggan baru anda. Tiada sebarang cas untuk audit!

Dapatkan Audit Google Map Restoran anda secara PERCUMA!

Mengapa pentingnya untuk mengaudit prestasi Restoran anda di Google Map?

Meningkatkan peluang anda untuk menarik bakal pelanggan

Pengunjung perlukan maklumat yang asas dan cepat untuk mereka akses dengan mudah seperti waktu operasi, ulasan pelanggan, macam mana rupa makanan anda dan menu makanan anda. Jika maklumat tersebut tidak dapat diakses, mereka akan pergi ke restoran saingan anda yang boleh memberi maklumat yang mereka hendak.

Restoran anda akan lebih kedepan berbanding saingan anda

Kami agak terkejut kerana banyak restoran yang belum tuntut perniagaan mereka kepada Google. Ini akan memberi kelebihan kepada anda kerana di waktu pelanggan anda membuat carian “Restoran berdekatan”, restoran anda akan muncul di tangga carian di atas

Membina kepercayaan kepada bakal pelanggan anda

Bila pelanggan anda yang terkini meninggalkan ulasan, anda boleh membalas ulasan mereka untuk menunjukkan bahawa anda menghargai ulasan mereka. Ini menunjukkan kepada bakal pelanggan anda yang ternampak restoran anda di Google Map bahawa anda prihatin tentang ulasan yang diberi oleh pelanggan anda.

Apa anda akan dapat dalam audit ini?

Anda akan ketahui sama ada carian restoran anda di Google telah dioptimasi atau tidak.

Anda akan tahu tentang bisnes anda telah mempunyai maklumat yang asas atau tidak.

Anda akan ketahui sama ada alamat restoran anda tepat atau tidak.

Anda akan tahu sama ada pelanggan anda dapat melihat gambar makanan yang anda jual atau tidak.

Yang paling penting sekali, anda akan tahu sama ada restoran anda mempunyai sebarang ulasan dan jika sebarang ulasan tersebut telah dibalas atau tidak.

Privacy Policy